Monday, May 24, 2010

KINI TINGGAL KENANGAN


Sahabat

mengapa begini jadinya

kita kian terpisah

kian jauh antara satu sama lain

kau kian jauh dariku

Tanpamu,

diriku ibarat

kehilangan bayang-bayang


Sahabat,

kita kian jauh,

sapaan mesra

gelak tawa

kini hanya tinggal kenangan


Sahabat,

mengertilah dengan akal warasmu

aku bukan Saidatina Khadijah

mahupun Saidatina Aisyah

aku cuma manusia biasa

punya hati yang tercari-cari ingin dibentuk...


READ MORE - KINI TINGGAL KENANGAN

TERIMA KASIH KEKASIH


Kekasih
ambillah kembali simpatimu
sebenarnya aku tidak berdendam
luka ini milikku
yang bakal kuhamparkan
bagi menutup egomu...

Biarpun aku rebah
dalam mencari kebenaran
kerana keegoanmu
mengajarku menjadi tabah...

Akan kuterus berlari
bersama kebencianmu
membara bagai api menghangatkanku
namun kau Sang Lelaki
menjadikan aku berani...

Terima kasih kekasih
atas segala kelukaan
telah kau hadiahkan
mewarnai hidup ini
sesungguhnya perpisahan
milik kita bersama.....


Sajak ini ditujukan untuk insan-insan yang pernah mengalami kekecewaan. Kepada hati-hati yang terluka, ucapkanlah terima kasih kepada kekasihmu kerana dia pernah mengajar erti sebuah cinta (walaupun cinta dia bukan true lurve).

In a conclusion, carilah cintaNya sebelum mencari cinta maklukNya.

READ MORE - TERIMA KASIH KEKASIH

Sunday, May 23, 2010

SERIKANDI


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika aku marah
Ingin aku intipkan serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong anaknya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

p/s:- Sahabatku, bersamalah kita menjadi serikandi yang diredhai Allah...


Keanggunan seorang serikandi bukan terletak pada wajahnya, kecantikannya, lirikan mata, senyuman menggodanya, tubuh badannya,mahupun kehalusan kulitnya, tetapi pada akhlaknya yang mulia, keteguhan imannya dan kekuatannya dalam mempertahankan serta memperjuangkan dirinya di jalan Allah...


READ MORE - SERIKANDI

Sunday, May 16, 2010

4 ISTERI

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia mencintai isteri ke-4 dan menganugerahinya harta dan kesenangan, sebab ia yang tercantik di antara semua isterinya.

Lelaki ini juga mencintai isterinya yang ke-3. Ia sangat bangga dengan si isteri dan selalu berusaha untuk memperkenalkan wanita cantik ini kepada semua teman-temannya. Namun ia juga selalu khuatir kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain. Begitu juga dengan isteri ke-2. Si pedagang sangat menyukainya kerana ia isteri yang sabar dan penuh pengertian.

Apabila si pedagang mendapat masalah, ia selalu meminta pendapat dan pertolongan isteri ke-2-nya yang selalu menolong dan mendampinginya saat-saat menghadapi masalah.

Sama halnya dengan isteri pertama. Ia adalah pasangan yang sangat setia dan selalu membawa kebaikan bagi kehidupan keluarganya. Wanita ini yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan perniagaan sang suami.

Akan tetapi, si pedagang kurang mencintainya meskipun si isteri pertama ini begitu sayang kepadanya. Suatu hari si pedagang sakit dan menyedari bahawa ia akan pergi buat selamanya. Ia mengenangkan semua kehidupan indahnya dan berkata dalam hati, "Ketika ini aku mempunyai 4 isteri. Namun apabila aku pergi nanti, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan."

ISTERI KE-4: NO WAY

Lalu si pedagang itu memanggil semua isterinya dan bertanya kepada isteri ke-4-nya. "Engkaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan indah. Nah, sekarang aku akan mati. Mahukah kamu mendampingi dan menemaniku nanti?" Ia terdiam…dan berkata,"tentu saja tidak!!" Jawab isteri ke-4 dan pergi begitu saja tanpa berkata apa2 lagi. Jawapan ini sangat menyakitkan hati si pedagang. Seakan-akan ada pisau terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

ISTERI KE-3: MENIKAH LAGI

Si pedagang itu merasa sedih lalu bertanya pada isteri ke-3. "Aku pun mencintaimu sepenuh hatiku dan saat ini hidupku akan berakhir. Mahukah engkau mengikutiku dan menemani hingga akhir hayatku?" Isterinya menjawab, "hidup begitu indah di sini, aku akan menikah lagi jika kau mati". Bagai disambar petir di siang hari, si pedagang sangat terpukul dengan jawapan isteri ke-3 nya. Badannya terasa semakin sakit.

ISTERI KE-2: SAMPAI LIANG KUBUR

Kemudian ia memanggil isterinya yang ke-2. "Aku selalu berpaling kepadamu setiap kali aku mendapat masalah dan kau selalu membantuku sepenuh hati. Kini aku memerlukan sekali lagi bantuanmu. Kalau aku mati, mahukah engkau mendampingiku?" Jawab isteri ke-2 nya, "Maafkan aku, kali ini aku tak dapat menolongmu. Aku hanya dapat menghantarmu hingga ke liang kubur. Nanti akan kubuatkan makam yang indah untukmu." Si suami bagaikan disepak terajang. Hancur luluh hatinya.

ISTERI KE-1: SETIA BERSAMA SUAMI

Si pedagang ini merasa putus asa. Dalam keadaan kecewa itu, tiba-tiba terdengar suara, "Aku akan tinggal bersamamu dan menemanimu kemana-mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu. Lelaki itu lalu menoleh ke samping, dan mendapati isteri pertamanya di sana. Ia tampak begitu kurus. Badannya seperti orang kelaparan. Merasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau lah aku boleh merawatmu dengan baik disaat aku mampu, takkan kubiarkan engkau kurus seperti ini, isteriku."


HIDUP KITA DIWARNAI 4 ISTERI

Sesungguhnya, kita mempunyai 4 isteri dalam hidup ini. Isteri ke-4 adalah TUBUH BADAN kita. Seberapa banyak manapun waktu dan perhiasan yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, namun semua ini akan hilang dalam suatu batas waktu dan ruang. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap kepada-Nya.

Isteri ke-3, STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN. Saat kita meninggal dunia, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. Sebesar apapun kedudukan kita dalam masyarakat dan sebanyak apapun harta kita, semua itu akan berpindah tangan dalam waktu seketika saja ketika kita tiada.

Sedangkan isteri ke-2, iaitu KAUM KERABAT DAN TEMAN. Seberapa dekat pun hubungan kita dengan mereka, kita tak akan dapat terus bersama mereka. Hanya sampai liang kuburlah mereka menemani kita.

Dan sesungguhnya isteri pertama kita adalah JIWA DAN AMAL KITA. Sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia mendampingi kemana pun kita melangkah. Hanya amal lah yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu dan mempunyai waktu, perlakukanlah jiwa kita dengan bijak serta jangan pernah malu untuk berbuat amal, memberikan pertolongan kepada sesama insan yang memerlukan. Betapa kecil pun bantuan kita, pemberian kita menjadi sangat bererti bagi mereka yang memerlukannya.

So, berhati-hati lah dalam anda memberikan layanan kepada keempat-empat isteri anda dan jangan lupa utamakan isteri pertama anda..^_^
READ MORE - 4 ISTERI

PELAYARAN MERENTAS UJIAN

Adapun manusia hidup di dunia ini adalah ibarat orang yang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di lautan, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga kelihatan. Maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi kepada tiga goloongan.

Golongan pertama: mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah berehat-rehat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau ini yang menjadi tujuan mereka.

Golongan kedua: mereka terpengaruh dengan kehidupan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal. Tetapi kerana terlambat, tempat duduk telah habis diduduki orang.

Adapun golongan ketiga inilah yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, juga tidak dihiraukan dan berbunyi kali ketiga, kapal itu pun berangkat. Setelah kapal itu jauh, dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah golongan yang amat malang.

Apa yang dapat anda simpulkan dengan diri anda..?? (termasuk saya)

READ MORE - PELAYARAN MERENTAS UJIAN

ULAMA & PRAMUGARI

Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.

Ulama: Mengapa?

Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.

Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.

Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.

Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?

Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.

Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.

Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.


Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian...

READ MORE - ULAMA & PRAMUGARI

APA DAH JADI???

Apa sudah jadi???


Mungkin golongan ini tidak sedar yang mereka telah membuatkan orang lain menjadi mangsa. Kini gadis bertudung dipandang serong oleh masyarakat. Salah siapa? Apa yang berlaku telah memberi peluang kepada yang tak bertudung berkata dengan megahnya, 'PAKAI TUDUNG TAK SEMESTINYA ELOK PERANGAI'. Ya!!! Memang pakai tudung tak semestinya elok perangainya. Tapi,


"Yang bertudung itu belum pasti azabnya, yang tak bertudung sudah pasti azabnya."


Sebenarnya saya tak mampu lagi nak mendengar cemuhan masyarakat terhadap gadis bertudung. Yang bersalah hanya segelintir, tapi masyarakat seolah-olah menganggap semua gadis bertudung itu buruk perilakunya. Mereka berhak bercakap kerana semuanya realiti. Untuk mengubah pandangan masyarakat ini, sesuatu perlu dilakukan dan yang mampu mengubah ini semua hanyalah GADIS BERTUDUNG.

Memakai tudung, tapi tanpa segan silu bercakap dgn lelaki bukan muhrim tanpa sebab. Memakai tudung ttp tanpa segan silu memegang tangan bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu berkepit, membonceng motor bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu menunjukkan bentuk badan. Seluar yang ketat dan sendat sudah menjadi amalan. Di atas bertutup tapi ketulan-ketulan lemak di bahagian peha dan pinggul tanpa segan silu menunjukkan wajahnya.

Yang lelaki hanya tersenyum, dapat melihat tayangan free tanpa perlu kenakan bayaran. Allah memberi rezeki tapi tidak dimanfaatkan. Wang yang ada diguna untuk membeli baju yang tidak sesuai. Baju yang longgar dipandang hanya sebelah mata. Tapi baju yang hanya layak untuk budak berumur 5-6 tahun yang menjadi rebutan. Bentuk badan yang hanya untuk tatapan suami dapat ditatap oleh semua orang. Memakai tudung, tapi perhiasan yang wajib dilindungi dibiarkan tanpa pelindung. Semuanya sudah menjadi kebiasaan...

Apabila sudah menjadi budaya, yang haram dihalalkan.

READ MORE - APA DAH JADI???

I AM LOOKING FOR A TEACHER

I Am Looking For A Teacher
(Marilyn Pattison)

I am looking for a teacher
Who is beautiful inside
Honest with the students
Giving them a sense of pride

I am looking for a teacher
With a healthy self esteem
Who clearly states the rules
And doesn’t have to scream

I am looking for a teacher
Who creatively prepares
But whose first priority
Is to convey that she cares

I am looking for a teacher
Who is interested, not aloof
Who treats her students with respect
Even when they goof

I am looking for a teacher
Who knows how to laugh and smile
Who enjoys what she’s doing
And goes the extra mile

I am looking for a teacher
Who believes all students can learn
Who praises their efforts and talents
When they give their best return

I am looking for a teacher
Who communicates with parents well
Gently and carefully selecting words
When there’s a problem to tell

I am looking for a teacher
Who will fill a child with desire
To love to learn more every day
With curiosity that won’t tire

I am looking for a teacher
Who encourages children to have a dream
To work at solving problems
Building their self esteem
There are teachers out there
the kind I’m looking for
For their students future success
They have opened up the door


p/s: hope I can be dat teacher…
READ MORE - I AM LOOKING FOR A TEACHER

Saturday, May 8, 2010

CINTA PERTAMAKU


Buat Umi
cinta pertamaku yang hakiki
selepas cinta yang terutama Ar-Rahman
pemilik hati ini
selepas kekasih Muhammad Al-Mustaffa
pemimpin jalan hidup ini...

Bicara ini
kutitipkan buat Umi
cinta pertamaku yang hakiki...

Umi
terlalu banyak hari dalam hayat ini
yang dalamnya inginku dakapi Umi
inginku kucup dahi dan pipi
inginku tuturkan kata kecintaan
yang tersemat kukuh di hati ini
ingin aku buktikan
kebenaran kata dan rasa cinta ini selalu
padamu yang amatku kasihi...

Umi
begitu banyak hari dalam hidup ini cintaku
tak terlahir seperti yang aku inginkan
tak terlafaz seperti yang aku harapkan
tiada dakapan, tiada kucupan...

Umi
mengapa cukup sukar untuk aku
meluahkan rasa
menuturkan kata
Aku cinta Umi
Aku sayang Umi...


To :- my sporting Umi
From:- alang iqah

p/s:- sempena Hari Ibu yang bakal menjelma... khas buat Umiku sayang, mak-mak dan bakal mama...
READ MORE - CINTA PERTAMAKU

Friday, May 7, 2010

PUJIAN & KRITIKAN

Kita suka menerima pujian, tapi tidak suka menghadapi penghinaan dan kritikan. Suka dengan penerimaan, tapi tidak suka dengan penolakan. Suka dengan kesenangan, tapi tidak suka dengan kemuraman.

Betapa banyak orang yang selalu mengharap kebaikan, memimpikan kebahagiaan, membayangkan keindahan, tapi tidak suka dengan kebalikan dari hal-hal tersebut.

Tiap segala sesuatu yang ada di dunia ini selalu berpasangan, ada senang, tentu ada sedih, ada senyum, ada juga air mata, ada suka dan berpasangan dengan duka. Di samping manis, ada pahitnya rasa, selain cerah, juga ada mendung di langit sana.

Jangan terlalu tinggi menaruh harapan, kerana kita akan sakit jikalau terjatuh, jangan terlalu jauh bermain dengan bayangan keindahan, nanti akan letih jikalau tidak kesampaian.

Bersikap realistik, jangan terlalu tinggi dalam menilai diri. Tetap optimis dan bersemangat!

Ada beberapa hal yang terlihat indah bagi diri kita, padahal ia tidaklah seindah yang kita duga dan (mungkin) ada banyak hal yang kita anggap sedih dan menderita, padahal ia hanyalah berupa kebaikan-kebaikan yang hikmahnya belum terjangkau dek akal-fikiran kita.

Tawakal itu menyelaraskan antara keyakinan dengan amal perbuatan. Sedang syukur itu (menurut saya) adalah bergembira menerima segala hasil usaha dan dengan kata lain redha dengan segala pemberian dan ketentuan dari Ilahi.. ^_^

Berharaplah untuk yang terbaik, namun bersiap sedialah untuk yang terburuk!


READ MORE - PUJIAN & KRITIKAN

WANITA IBARAT POHON SEMALU


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


READ MORE - WANITA IBARAT POHON SEMALU

JIKA AKU JATUH HATI



Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta Ya Allah
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku untuk menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta palsu..

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar.. tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul `Izzati...
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid pada jalanMu..

Ya Allah…
Jika aku aku mendapati cinta kekasihMu Ya Allah
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga
malam terakhir padaMu..

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu Ya Allah
Jangan..jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah…
Jika kau halalkan aku bagi kekasihMu
Janganlah biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi
Hanya kepadaMu Ya Allah…
Amin..YA RABBAL `ALAMIN…
READ MORE - JIKA AKU JATUH HATI

KALAU TUHAN BAIK, KENAPA BUAT NERAKA???

Pada saya, ini adalah salah satu artikel yang amat berguna untuk dikongsi bersama semua agar kita lebih mengetahui kewujudan Syurga dan Neraka, walaupun pada mulanya saya sendiri terkejut ketika membaca tajuk artikel ini.

Ini kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam' kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, ".. lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau kita taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak: "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga, lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."


READ MORE - KALAU TUHAN BAIK, KENAPA BUAT NERAKA???

APA YANG PENTING???? U.S.A.H.A




Bila kita sebut usaha, pasti ramai yang mengukur kadar usaha itu dengan kejayaannya. Kalau dia berjaya dengan cemerlang, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu berusaha bersungguh-sungguh. Kalau dia tidak berjaya, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ini kebiasaan mentaliti insan.

Tetapi saya berpendapat, usaha tidak berkadar terus dengan hasil. Usaha adalah satu perkara lain, dan hasil itu adalah satu perkara lain.

Kenapa?

Sebab usaha di tangan kita, tetapi hasil tetap di tangan Allah SWT.

Sebahagian manusia, ada yang faham akan hal ini. Tetapi mereka berkata pula:

"Kalau macam itu, tak payah usaha. Semua Allah dah susun"

Em… Betul ke?

Saya setuju bahagian yang Allah susun itu. Tapi bahagian `tak payah usaha' itu, saya tak setuju.

Sesungguhnya, orang beriman itu amat dikasihi oleh Allah SWT. Kenapa?

Kerana keimanan mereka telah mendekatkan jarak mereka dengan Allah SWT. Orang yang beriman, dia sentiasa yakin kepada Allah SWT, dia sentiasa bersangka baik, dia tidak akan sesekali menyangka bahawa Allah SWT itu menzaliminya.

Jadi, apabila Allah SWT mengarahkannya untuk berusaha, maka orang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan pekerjaannya. Tanpa, meletakkan natijah sebagai matlamat utamanya.

Ada perbezaan antara dua manusia ini:

1. Kenapa studi? "Saya studi sebab nak dapat 12 A1"

2. Kenapa studi? "Saya studi sebab Allah suruh, dan belajar itu difardhukan di dalam Islam"

Bagi orang 1, apabila dia tidak mendapat 12 A1, dia akan menghadapi satu kejatuhan. Dia merasakan dia tidak berjaya. Dia merasakan usahanya selama ini adalah sia-sia.n Secara tidak langsung, kesedihan akan menyentuh hidupnya.

Tetapi, bagi orang 2, jika dia menyebutnya dalam keadaan dia faham dan beriman, keputusan apa pun yang dia dapat, dia tetap akan tenang dan bersangka baik kepada Allah SWT. Berbelas/berpuluh A bukan matlamatnya studi, tetapi dia studi kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Allah SWT. Maka, hasil di akhir usahanya, itu semua adalah pemberian Allah SWT. Dan dia tahu, Allah SWT itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya, dan Allah SWT itu tidak akan sesekali menzalimi hamba-hamba-Nya. Tidak akan ada kekecewaan dalam kehidupannya.


READ MORE - APA YANG PENTING???? U.S.A.H.A

LOBAK, TELUR & SERBUK KOPI

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya yang merupakan seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih, dia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati telur rebus mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk meminum kopi. Ia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerangnya yang nipis melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya
menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Untuk renungan bersama.........


Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

wallahua'lam


READ MORE - LOBAK, TELUR & SERBUK KOPI

Tuesday, May 4, 2010

KITA DAN PINGGAN

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih, cantik dan tanpa sebarang kecacatan.. lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah diletakkan di tempat yg sepatutnya...

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. hingga tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupunserpihan kaca.. tiada nilainya lagi..kita tiada pilihan selain menghumbankan pinggan tersebut ke dalam tong sampah...

Begitulah jua halnya kita dengan Allah Taala.. jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan bersih, elok tnpa kekotoran dosa,maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita ialah SYURGA..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dan berdosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam
syurga...

Tetapi, jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya,sehingga x dapat
dibezakan antara iman dgn kufur, maka Allah SWT x akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selamanya.. ibarat pinggan yang pecah dan tiada bernilai lagi...


p/s: semoga kita semua menjadi seperti pinggan yang dipinjam oleh individu pertama... InsyaAllah...
READ MORE - KITA DAN PINGGAN

WARKAH BUAT HAWA

HAWA ,

andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH.

HAWA,

andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

HAWA,

lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,

jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,

cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Jangan sesekali tangan yang mengoncangkan dunia juga mengoncangkan iman lelaki..

READ MORE - WARKAH BUAT HAWA

Monday, May 3, 2010

DEFINISI DAN TEORI SENI

Definisi Seni

Beberapa definisi dan pengertian kata seni:
Pengertian kata seni di ambil dari Bahasa Inggeris iaitu "art", yang berakar pada kata Latin ars, yang bererti: "ketrampilan yang diperoleh melalui pengalaman, pengamatan atau proses belajar". Perkataan ini kemudian berkembang pengertiannya melalui kamus Webster seperti berikut: "penggunaan ketrampilan dan imaginasi secara kreatif dalam menghasilkan benda-benda estetis". (Webster's Collegiate Dictionary, 1973, hal.63).

Pengertian lain diambil dari bahasa Belanda yang mempunyai definisi seperti berikut: "suatu kesatuan secara struktural dari elemen-elemen estetis, kualiti-kualiti teknik dan simbol yang mempunyai erti tersendiri dan tidak memerlukan pengesahan dari unsur-unsur luar untuk pernyataan dirinya". (Winkler Prins, hal.427).

Definisi seni Kamus Umum Bahasa Indonesia:
Kecakapan membuat (menciptakan) sesuatu yang elok-elok atau indah. Sesuatu karya yang dibuat (diciptakan) dengan kecakapan yang luar biasa seperti lukisan, ukiran-ukiran dsb.


Teori-teori Seni

Teori-teori seni pada asasnya dapat digolongkan dalam beberapa kelompok pemikiran:

Teori Mimesis:
Teori ini berpijak pada pemikiran bahwa seni adalah suatu usaha untuk menciptakan peniruan alam. Kata mimesis berasal dari kata Yunani dimana teori ini pertama kali dicetuskan oleh Plato.

Terjemahan yang tepat dari kata mimesis agak sukar dicari,kerana bagi Plato mimesis ini tidak saja berlaku untuk senirupa melainkan juga berlaku untuk seni musik, drama dan sebagainya.

Teori mimesis ini amat penting dalam tinjauan seni kerana setelah zaman Yunani konsep ini dihidupkan kembali dalam seni Renaissance dan sampai sekarng masih cukup berpengaruh. Inti dari teori mimesis ini adalah perkembangan seni naturalis baik secara formal mahupun sebagai pengenalan pengalaman.

Teori Instrumental:
Teori-teori ini berpijak pada pemikiran bahawa seni mempunyai tujuan tertentu, dan berfungsi dalam setiap karya seni. Antara fungsi-fungsinya ialah pembelajaran, propaganda, agama dan sebagainya.

Peranan seni yang lain adalah sebagai wadah bagi menyampaikan perasaan, emosi dan mesej. Seni adalah salah satu cara untuk seniman berkomunikasi dengan kita.


READ MORE - DEFINISI DAN TEORI SENI