Monday, August 16, 2010
ahli keluarga baru
terima kasih Amir
Pada mulanya Aiman hanyaku anggap sebagai kawan biasa tetapi lama-kelamaan aku mulai perasan ada perasaan aneh mula menjalar di hati ini. Berkali-kaliku cuba menafikan perasaan yang kian subur ini namun kenyataannya aku makin menyayanginya, menyayanginya melebihi seorang kawan. Setelah dia melanjutkan pelajaran di universiti, hubungan kami menjadi renggang sedikit. Apapun, aku bersyukur kerana universiti yang dijejakinya itu tidak jauh dari rumahku.
Walaupun Aiman sering menyakitkan hati ini, tapi aku masih mampu memaafkannya kerana hakikatnya aku sayang pada dia, malahan terlalu menyayanginya. Suatu hari, apabila dia menyatakan perasaannya, aku hampir-hampir mengatakan “YA” namun mujur akalku masih waras, aku memintanya memberikanku waktu untuk berfikir.
Setelah aku berfikir semasak-masaknya, aku nekad ingin menerimanya dan menyatakan perasaanku padanya. Oleh itu aku bercadang ingin membuat kejutan untuknya. Di sebabkan tempat pengajiannya tidak jauh dari rumahku, maka aku membuat keputusan untuk menemuinya di situ sahaja. Aku ingatkan aku yang bakal memberikan kejutan padanya, tetapi rupa-rupanya aku yang mendapat kejutan.
Aku kaget tatkala melihat gadis lain bersama dengannya, mereka kelihatan begitu mesra ketika keluar dari dewan kuliah. Aku memberanikan diri menelefon dan bertanya tentang hubungan mereka pada Izzat. Nyata jawapan yangku terima amat mengecewakan. Kawan baiknya menyatakan bahawa mereka telah “declare” secara rasmi hampir sebulan.
Ya Allah, dugaan apakah ini? Mengapa harus aku mengetahui kebenaran ini disaat hati ini telah dipenuhi namanya. Namun aku harus kuat semangat. Aku gagahkan diri menghampiri dan menegur mereka. Ternyata dia terkejut melihat kehadiranku disitu. Aku maniskan muka dan bersalaman dengan teman wanitanya. Tatkala aku mula rasa goyah, aku cepat-cepat meminta diri untuk pulang namun dia melarang.
Namun aku tetap berlalu pergi dengan hati yang berdarah. Aku sudah tidak kuat untuk meneruskan sandiwara ini. Aku bimbang air mata yang kutahan sejak dari tadi mengalir dihadapan mereka. Sampai sahaja di rumah, aku terus mengurungkan diri di dalam bilik. Aku menangis semahu-mahunya. Belum sempat aku mengecapi bahagia dengannya, kebahagiaan itu telah diragut.
Berhari-hari aku mengurungkan diri di dalam bilik, langsung tidak menjamah makanan. Telefon bimbit pula aku matikan. Tidak kira walau siapa pun yang datang, namun aku tetap membatukan diri, tidak menghiraukan mereka. Emak dan abah mulai bimbang mengenaiku namun aku tetap begitu.
Hujung minggu itu, adik lelakiku (Amir) yang pulang bercuti dari sekolah asrama penuh bertanyakan tentangku. Emak dan abahku menyatakan bahawa aku sudah tidak lagi ceria seperti dulu dan banyak mengurung diri. Emak dan abah juga menceritakan mereka pernah membuka pintu bilikku menggunakan kunci pendua tapi aku tiba-tiba sahaja mengamuk tidak tentu pasal. Untuk tidak merumitkan lagi keadaan, mereka terus keluar dari bilikku.
Amir meminta kunci daripada emak, namun emak tidak mahu memberikannya kunci itu. Amir tetap berkeras, lalu emak memberikan kunci itu setelah didesak oleh abah beberapa kali. Aku menjerit-jerit bagaikan orang histeria ketika Amir hendak masuk ke dalam bilikku, aku melemparkan semua alat solek di atas meja sebagai tanda protes. Oleh kerana adikku merasakan tindakan aku keterlaluan, dia telah menamparku beberapa kali untuk menyedarkan aku.
Aku menangis semahu-mahunya. Ketika aku mulai tenang, dia menanyakan masalahku yang sebenarnya dan meminta maaf di atas keterlanjurannya. Entah dari mana aku beroleh kekuatan untuk menceritakan semuanya kepada dia.
“Kak, akak ingat dengan menangis begini cinta hati akak akan dapat kembali ke? Rasa kecewa akak akan sembuh ke? Untuk apa akak bazirkan air mata akak demi seseorang yang tak mencintai akak? Berbaloi ke akak buat semua ni? Amir tanya akak ni, berbaloi ke akak buat macam ni?” Aku sudah tidak mampu memberikan reaksi, aku hanya mampu mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Amir.
Melihatkan aku yang tidak memberikan respon, Amir mula berdiplomasi denganku “Akak, cuba akak bayangkan bagaimana agaknya perasaan emak dan abah tatkala melihat akak begini? Akak ingat mereka senang hati ke tengok akak macam ni? Takkan sebab seorang lelaki, akak nak musnahkan hidup akak? Hidup akak masih panjang lagi, masih ada banyak perkara yang belum akak capai.”
“Akak, dalam hidup ni, Allah tak bagi orang yang kita mahukan tapi Dia bagi kita orang yang kita perlukan. Mungkin Allah hadirkan Aiman dalam hidup akak to teach you, to hurt you and to make you exactly the way you should be. Satu-satunya yang Amir tahu, lelaki itu bukanlah lelaki yang terbaik untuk akak, you deserve better than that. Akak fikirkanlah apa yang Amir cakapkan ni, Amir bukan nak berlagak pandai, tapi Amir nak akak tahu yang Amir dan keluarga kita sentiasa ada di samping akak, termasuklah teman-teman akak. Amir keluar dulu kak.”
Malam itu, kata-kata Amir terngiang-ngiang di corong telingaku. Kata-kata Amir ada benarnya. Perjalanan hidupku masih panjang, sekurang-kurang aku dapat menjadikan kisah ini sebagai pengajaran buatku agar aku tidak mudah menyerahkan hati kepada insan yang tak tahu menghargai cintaku. Aku tekad ingin berubah menjadi diriku yang dulu, riang dan ceria sepanjang waktu walaupun tanpa dirinya.
Amir, terima kasih kerana menyedarkan Akak. Akak terhutang budi dengan Amir. “Aiman, mungkin sudah tersurat yang cinta awak bukan milik saya. Semoga masa akan membawa pergi semua kenangan kita dan menyembuhkan kedukaan di hati ini.”
p/s: Peringatan untuk diri ini dan sahabat sekalian. Walau sehebat mana pun cinta kita pada seseorang tapi jika dia bukan jodoh kita, pasti akan terpisah jua akhirnya. Terimalah siapapun jodoh kita kerana Allah telah berjanji perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah jua sebaliknya.
sunnah Nabi Muhammad SAW
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. InsyaAllah...
jom kenali kekasih Allah SWT (Rasulullah SAW)
Lahirnya seorang wira yang kita sanjungi lah bukan seorang bintang, artis atau model yang dunia sekarang tergila-gilai tapi seorang pembawa pentunjuk kepada umat-umatnya manusia yang diakhir zaman iaitu sekarang!~
Biodata Nabi Muhammad S.A.W Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 63 TAHUN· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحبه وسلم
salam ramadhan
Diskaun penghapusan dosa besar-besaran untuk semua jenis dosa
Lakukan ibadah wajib, tingkatkan amalan sunat, perbanyakkan istighfar...
Jangan lupa untuk merebut hadiah utama, malam LAILATUL QADAR...
Wednesday, August 4, 2010
CICAK OH CICAK
Baru-baru ni ketika sedang menghayati keindahan alam cipataan Allah SWT, saya terpandang haiwan yang sedang mengawan. Haiwan tu tak lain tak bukan adalah cicak, haiwan yang hukumnya sunat kita bunuh.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Siapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama, maka mendapat sekian pahalanya, dan membunuh dalam pukulan yang kedua maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang pertama, dan siapa yang membunuh cicak dalam pukulan ketiga, maka mendapat sekian pahalanya."
Dan dalam riwayat lain : " Siapa yang membunuh cicak dalam pukulan pertama mendapat 100 hasanat, dan dalam kedua kurang dari itu, dan ketiga kurang dari itu.
( Riwayat Muslim )
Dalam sumber lain, Umm Sjarik r.a berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh kepadanya membunuh cicak, dan bersabda : "Dahulu ia telah meniupkan api atas Nabi Ibrahim a.s "
( Riwayat Bukhari & Muslim )
Tidak lama kemudian, kawan saya bertanya apakah hukum kita melihat haiwan mengawan, adakah perbuatan tersebut dikira zina mata atau pun zina mata ni hanya terjadi apabila kita melihat manusia sahaja??? Saya terdiam.
Apabila saya melihat adegan yang tak sepatutnya itu, saya terfikir kalau cicak pun pandai berkasih sayang, inikan pula manusia yang punya. Dari situ juga saya membuat kesimpulan bahawa cicak ini tak mempunyai akal sebab itulah haiwan tersebut "slumber" melakukan aksi sebegitu di hadapan manusia.
Untuk mendapatkan kepastian mengenai hukum melihat haiwan dalam keadaan sebegitu, saya telah bertanyakan salah seorang sahabat saya. Sahabat saya menjelaskan bahawa :
"zina mata ni terjadi apabila kita melihat sesuatu yang tidak patut dilihat contohnya seperti aurat manusia. Kalau kita melihat manusia berzina, ia dikira berdosa besar.
Untuk haiwan pula, janganlah sengaja melihatnya kerana jika ia mampu membangkitkan nafsu orang yang melihat, maka hukumnya adalah haram."
Sahabat saya turut menambah "memang sudah fitrah setiap makhluk untuk berkasih sayang dan rasa saling memerlukan dan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan Allah SWT diberi akal untuk mengikut syariat. Haiwan tidak disyariatkan untuk menutup aurat serta dibenarkan untuk mengawan dengan mana-mana antara spesiesnya. Kalaulah manusia tidak mengikut syariat dan melakukan perbuatan yang dilarang contohnya berzina, ini bererti kedudukan manusia tersebut dengan haiwan adalah sama."
Renung-renungkan…
p/s: Terima kasih kepada sahabatku (Zafi) atas penerangan yang diberikan…