Baru-baru ni ketika sedang menghayati keindahan alam cipataan Allah SWT, saya terpandang haiwan yang sedang mengawan. Haiwan tu tak lain tak bukan adalah cicak, haiwan yang hukumnya sunat kita bunuh.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Siapa yang membunuh cicak pada pukulan pertama, maka mendapat sekian pahalanya, dan membunuh dalam pukulan yang kedua maka mendapat sekian pahalanya kurang dari yang pertama, dan siapa yang membunuh cicak dalam pukulan ketiga, maka mendapat sekian pahalanya."
Dan dalam riwayat lain : " Siapa yang membunuh cicak dalam pukulan pertama mendapat 100 hasanat, dan dalam kedua kurang dari itu, dan ketiga kurang dari itu.
( Riwayat Muslim )
Dalam sumber lain, Umm Sjarik r.a berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh kepadanya membunuh cicak, dan bersabda : "Dahulu ia telah meniupkan api atas Nabi Ibrahim a.s "
( Riwayat Bukhari & Muslim )
Tidak lama kemudian, kawan saya bertanya apakah hukum kita melihat haiwan mengawan, adakah perbuatan tersebut dikira zina mata atau pun zina mata ni hanya terjadi apabila kita melihat manusia sahaja??? Saya terdiam.
Apabila saya melihat adegan yang tak sepatutnya itu, saya terfikir kalau cicak pun pandai berkasih sayang, inikan pula manusia yang punya. Dari situ juga saya membuat kesimpulan bahawa cicak ini tak mempunyai akal sebab itulah haiwan tersebut "slumber" melakukan aksi sebegitu di hadapan manusia.
Untuk mendapatkan kepastian mengenai hukum melihat haiwan dalam keadaan sebegitu, saya telah bertanyakan salah seorang sahabat saya. Sahabat saya menjelaskan bahawa :
"zina mata ni terjadi apabila kita melihat sesuatu yang tidak patut dilihat contohnya seperti aurat manusia. Kalau kita melihat manusia berzina, ia dikira berdosa besar.
Untuk haiwan pula, janganlah sengaja melihatnya kerana jika ia mampu membangkitkan nafsu orang yang melihat, maka hukumnya adalah haram."
Sahabat saya turut menambah "memang sudah fitrah setiap makhluk untuk berkasih sayang dan rasa saling memerlukan dan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan Allah SWT diberi akal untuk mengikut syariat. Haiwan tidak disyariatkan untuk menutup aurat serta dibenarkan untuk mengawan dengan mana-mana antara spesiesnya. Kalaulah manusia tidak mengikut syariat dan melakukan perbuatan yang dilarang contohnya berzina, ini bererti kedudukan manusia tersebut dengan haiwan adalah sama."
Renung-renungkan…
p/s: Terima kasih kepada sahabatku (Zafi) atas penerangan yang diberikan…
No comments:
Post a Comment