Monday, December 27, 2010

blackie

my sis


blackie



ni kucing kesayangan adik saya... comey kn... as cute as the owner... hehehe



READ MORE - blackie

black holiday

huhu.... cuti kali ni banyak sangat dugaannya...

1) telefon bimbit rosak
2) kad sim hilang
3) printer punoh
4) laptopku musnah
5) berita sal byman
6) terpaksa pulang awal ke kampus sebab tak ada tiket...

doakanku tabah menghadapi dugaan ini...
READ MORE - black holiday

byman yang kusayangi


Semalam saya rasa terkejut sangat, adik yang baru dilahirkan beberapa bulan yang lalu iaitu baby aiman aka byman telah disahkan mengalami masalah penglihatan. Doktor pakar sendiri telah mengesahkan byman berkemungkinan besar tidak dapat melihat buat selamanya. Justeru, saya memohon jasa baik sahabat sekalian mendoakan agar penglihatan byman akan pulih sedikit demi sedikit dan sempurna seperti anak kecil yang lain. Amin...
READ MORE - byman yang kusayangi

Wednesday, November 3, 2010

IFC

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh di didik dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depaminta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, diatidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

p/s: IFC = Interfaith Commission

READ MORE - IFC

balasan melewatkan solat

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Sumber: http://mran3238.wordpress.com/2010/03/07/kisah-benar-ular-hitam-membelit-jenazah/

READ MORE - balasan melewatkan solat

Saturday, October 23, 2010

kenangan mengusik jiwa

tanggal 14 Oktober 2010..tarikh yang tak mungkin aku lupakan seumur hidupku..tarikh yang menyentap kekuatan yang ada dalam diri ni...tarikh yang membuat seluruh tubuhku menggigil..tarikh yang menjadikan segala-galanya antara kami tinggal....kenangan....

tanggal 14 Oktober 2010..Arwah Ahmad Syamil Bin Basri telah menghembuskan nafas yang terakhir..tarikh arwah telah kembali ke rahmatullah...tarikh arwah telah pergi menghadap Ilahi...

jam 7.30 malam, 14 oktober..aku kelam-kabut cari Ayen, Drogba, Bismi, Tihi, Kimi, Aje, Wan dan arwah...aku pergi bilik arwah...

"Mil, cepat la Mil..da lewat dah ni.."
"nak pi mana?"
"laa..kan ada lawan futsal..ayen tak bagitau hg?"
"tak da sapa bagitau aku pun...men pukul berapa?"
"men pukul 8..cepat siap..lambat dah ni"

aku terus turun bawah...kami dah janji nak pergi Kulim..ada perlawanan futsal dengan batch junior...aku cari semua yang lain...tapi semua tak siap lagi..aku tunggu kat bawah..jam dah 7.45 malam...sorang pun tak turun lagi..aku jerit dari bawah..panggil semua turun..

semua dah siap atas motor..aku naik dengan Bismi..Drogba naik dengan Kimi..Aje naik dengan Wan..semua tunggu Ayen, Tihi dengan arwah siap...tunggu 5 minit, dengar Ayen jerit..

"korang pergi la dulu..nanti aku gerak dengan Tihi satu motor..Syamil lambat sikit..dia nak pergi rumah Pn. Khadijah dulu"

aku pun tak fikir banyak, terus gerak..mendahului yang lain..

Aku banyak bersembang dengan Bismi masa atas motor..aku tengok yang lain, semua jauh kat belakang...motor aku jauh tinggal diorang...aku ikut laluan motor..lepas dari tol..aku terpandang sekilas kat tepi..ada kelibat motor laju kat laluan kereta...aku terdengar bunyi berlanggar....kuat...dada aku berdebar...

dada aku berdegup kencang...tapi aku tak fikir kemalangan tu libatkan sape-sape antara kami...sebab aku pasti yang lain jauh lagi kat belakang...tapi...dalam hati aku kata, tu syamil!..tapi fikiran aku kata tak mungkin...Syamil tak follow kami..dia pergi rumah Pn. Khadijah..kalau dia follow pun, dia mesti jauh lagi kat belakang...tak mungkin dia...tapi dalam hati aku sebut tu Syamil..tu Syamil......

aku berhenti..Bismi lari, lompat divider...aku belakang Bismi...aku dengar Bismi kata...

"ji....Syamil ji.....tu syamil!"

"ish...tak mungkinlah...syamil kat belakang kita lagi"..aku masih tak tengok lagi...

"betul ji..tu syamil....ni motor dia!"..Bismi dah terduduk...

aku terus lari...lompat divider...aku nampak...motor dia....aku nampak....baju dia....aku nampak....beg dia....aku nampak...helmet dia...aku nampak...Syamil terbaring atas jalan...tu Syamil....

"Ya..Allah..ni Syamil, Bismi!...ni Syamil!!...Ya Allah...Mil...bangun Mil...bangun Mil"

rasa nak gugur jantung aku..terlihat kelibat arwah Syamil atas jalan masa tu...Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika tu..aku terduduk sebelah syamil...air mata tak henti bercucuran...aku jerit panggil dia..aku pegang badan dia...aku kejut dia...aku sebut nama dia...aku suruh dia bangun...bangun Mil....bangun....sambil aku jerit, darah mula keluar..banyak....aku terus terduduk......

aje, wan, kimi, drogba dah sampai....semua terdiam...semua terkaku...semua terkejut...semua menangis....semua tak sanggup terima......

aje bagitahu aku...

"dah ji....Syamil dah tak ada.."

"tak aje...Syamil hidup lagi!! syamil tak pergi lagi...syamil hidup..cepat telefon ambulan..syamil hidup lagi ni...cepat selamatkan dia...cepat je..cepat selamatkan dia!"

"Syamil dah tak ada ji..."

aku terdiam..menangis...tak..aku tak dapat terima..Syamil ada lagi...syamil belum pergi..Syamil...

kami semua tak perasaan Fatihi pun ada sekali...sebab keadaan gelap...fatihi tertindan bawah motor dengan bawah kaki syamil..ada sorang abang kat situ bagitahu...ada sorang lagi ni...dia hidup lagi!!

aku terus lagi pergi belakang...aku nampak Fatihi! tapi..Fatihi pun tak bergerak...fatihi kaku...aku duduk sebelah fatihi..pegang dada dia..dada dia berombak!

"fatihi hidup lagi! fatihi bernafas lagi ni..cepat tolong dia! cepat bawak dia pergi hospital"

orang ramai datang tolong alihkan motor dari atas fatihi...aku duduk kat sisi fatihi...aku kejut dia...aku panggil dia...

"tihi...bangun tihi..aku ada ni tihi...bangun tihi...tolong bangun tihi...bangun tihi..."

Tihi bernafas kuat..aku dengar dia bernafas kuat..aku bukak helmet dia..Ya Allah..telinga dia berdarah....aku kuatkan semangat...aku pegang tangan fatihi...aku panggil dia...Fatihi bernafas makin kuat..mata terpejam...

aku lari ke tepi jalan...tak mampu aku seketika untuk melihat..aku menangis sepuas-puasnya..."apa aku dah buat ni....ni semua salah aku....ni salah aku....aku yang rancang semua ni....aku yang suruh cepat..." hanya ayat ni yang bermain kat fikiran aku...aku terus menyalahkan diri aku....Wan datang dekat, cuba tenangkan aku..."wan..ni semua salah aku wan...salah aku..." "tak panji..ni bukan salah sape-sape...dah ajal dia..sabar panji..." wan menangis..dia peluk aku..Wan tenangkan aku...

Ayen sampai...

"Ya Allah...mil..bangun mil..Ya Allah..macam mana jadi macam ni?? Ya Allah....mil...bangun mil"

aku pegang ayen...

"syamil dah tak ada yen...."

"Ya Allah...macam mana boleh jadi ni? mana ambulance tak sampai lagi?" ayen tak tentu arah...ayen pergi tengok fatihi..ayen lap darah dalam telinga Fatihi...Ayen baca baca syahadah kat telinga Fatihi...aku terduduk dengar Ayen baca...aku tak terfikir tihi pun akan pergi jugak..aku tak nak kehilangan tihi dengan syamil...

tak lama...ambulan sampai...aku tengok dari jauh...aku nampak M.A. check arwah Syamil..dia geleng kepala...dia kata arwah dah tak ada...mayat arwah pun ditutup...saat lihat mayat arwah kena tutup...hilang rasa segala kekuatan dalam diri...sebelum aku nampak mayat arwah ditutup, aku anggap arwah hidup lagi..arwah belum pergi...tapi lepas tengok mayat arwah ditutp, aku tertuduk tepi jalan...lemah...langsung tak bermaya...ya..arwah dah tak ada..arwah dah pergi...arwah dah pergi...arwah dah pergi....lepas tihi di bawa dengan ambulan, aku masih tunggu kat situ..tunggu di sisi arwah...tunggu sampai arwah dibawa menaiki trak...lepas arwah diangkat, semua terus menuju ke hospital....

aku sampai lewat di hospital..orang yang terakhir sampai di hospital dari tempat kejadian...waktu aku sampai, aku nampak orang penuh kat depan kecemasan...aku nampak van ambulan tengah standby...semua datang bagi semangat kat aku..diorang kata tihi akan ditransfer ke seberang jaya...aku sempat lihat keadaan tihi...air mata tak berhenti bercucuran...

aku tanya Bismi...mana arwah Syamil..aku nak pergi tengok arwah...Bismi bawak aku pergi bilik mayat...Bismi pegang tangan aku...sampai aku masuk dalam bilik...aku nampak sekujur badan ditutup dengan kain putih...

aku gagahkan kaki melangkah...Bismi ada dengan aku..dia pegang aku...aku gagahkan diri...bukak kain penutup....tapi aku hanya mampu bertahan 5 saat je...aku tak mampu tengok wajah arwah...aku tak mampu tengok wajah kawan baik aku...aku tak mampu tengok wajah sahabat sejati aku...aku menangis...Bismi tutup kembali mayat arwah...bawak aku keluar....

aku menangis sepuas-puasnya...aku peluk Bismi..aku peluk Wan...aku peluk kawan-kawan aku yang lain...aku lemah...aku sayang arwah...

esoknya...kami satu bas pergi ke Gurun untuk pengebuman arwah..dalam bas..aku duduk dengan Drogba...aku baca Yasin untuk arwah dengan drogba...separuh jalan, air mata mengalir lagi...tergambar wajah arwah semasa kat tempat kejadian..terkenang perasaan waktu aku nampak arwah kat atas jalan...aku gagahkan diri...hanya Yasin dan Fatihah yang akan menemani arwah..aku habiskan Yasin...sedekah untuk arwah...

sampai di rumah arwah, kami terus masuk dalam..orang ramai..penuh kawasan rumah arwah...aku jejak kaki dalam rumah, aku nampak arwah dibaringkan ...aku berdiri di sisi arwah...tak lama aku dapat berdiri di situ..aku sempat bacakan Fatihah untuk arwah...aku keluar, duduk di luar rumah arwah...air mata mengalir lagi...

kami kumpul, dan bacakan Yasin untuk arwah...selesai baca Yasin, aku tergerak hati nak tengok arwah lagi..aku ajak Kait masuk..waktu kami masuk, tengok arwah dah tak ada kat tempat tadi..arwah sedang dimandikan...mak arwah izinkan aku dan Kait masuk tengok arwah dimandikan...aku berdiri di sisi arwah, memerhatikan arwah dimandikan dari awal hingga akhir...kali ni aku gagahkan diri..aku tahan air mata...aku tatap segenap tubuh arwah..sehinggalah arwah dibawa untuk dikapankan...aku tetap berdiri di sisi arwah..arwah dipakaikan kopiah..sejuk hati aku tengok...aku tak dapat berdiri lama...sebab ramai orang nak melihat arwah...aku keluar untuk beri laluan..berdiri di luar, sekali lagi air mata aku tumpah...Ayen peluk aku..kami sama-sama kehilangan...

Tak lama, kami masuk kembali...kami diberi peluang untuk kucup arwah untuk kali terakhir..aku kesat air mata aku..aku gagahkan diri..aku tak boleh menangis...aku melangkah ke sisi arwah...duduk di sisi arwah...aku tatap wajah arwah perlahan-lahan..aku tahu ini adalah kali terakhir aku dapat tatap wajah arwah...lembut, tenang wajah arwah..perlahan-lahan, aku kucup dahi arwah..lama...selamat tinggal Syamil...

arwah dimasukkan ke dalam keranda..aku dapat pegang keranda...aku angkat keranda, bergilir-gilir dengan Payed, Bad, Faiq..sampai di masjid, dah ramai orang menunggu...Syamil, kaulah jenazah pertama yang aku sembahyangkan..aku tak pernah sembahyang mayat lagi...kaulah jenazah pertama...

saat arwah dimasukkan ke dalam liang lahad...aku berkata dalam hati...aku redha kau pergi Mil...aku halalkan segala salah silap antara kita...aku halal segala makan minum antara kita...aku halal segala hutang antara kita...dan aku akan terus doakan kau Mil..sedekahkan Fatihah untuk kau...

Syamil.....kaulah sahabat sejati aku...kaulah kawan baik aku...kaulah teman aku...

aku ingat lagi..dulu kau tak tidur kat bilik kau...kau tidur kat bilik aku...selalu lepak bilik aku...balik kelas terus datang bilik aku...kau sanggup tidur atas karpet...aku kesian tengok kau, aku bagi ko tidor atas tilam...aku tidor bawah...hari-hari macam tu...

aku ingat lagi...masa first kita puasa kat sini...kau ada motor, aku tak ada...kau selalu bawak aku pergi bazaar ramadhan...kita buka puasa dua orang je...kau selalu beli kuih telinga keling..kau kata kuih telinga aku......

aku ingat lagi...kita first nasyid sama-sama..aku, kau dengan tihi...kita tiga-tiga budak sekolah agama...tiga-tiga minat nasyid...first lagu kita perform, lagu KAWAN...kita pakai baju putih...lepas tu kita mesti nasyid sama-sama...kalau kau tak ada, aku tak mau perform...aku aku tak ada, kau tak nak perform...kalau kita tak ada, Tihi lagi la tak nak perform...kita mesti selalu bertiga...

aku ingat lagi...kita tak tidor malam...masa tu, Ayen sorang je pandai main gitar..kita tak reti main langsung...lepas tu kita buat video clip..kau nyanyi, aku ketul baldi, Ayen main gitar...Payeh jadi tukang rakam...banyak video kita rakam...siap tukar-tukar baju lagi...aku simpan lagi semua video tu...

aku ingat lagi...kita main "pergi bulan"..sampai pagi kita main kat bilik aku...aku, ayen, bismi, naim, payeh...masa tu kaulah paling susah nak buat..takut sangat...tapi last kau buat jugak...dan video kau paling lawak...aku simpan lagi video tu...

aku ingat lagi..malam amal Gaza..kita tiga orang kena perform..aku, kau dengan tihi...aku lupa lirik malam tu..nasib baik kau cover aku..suara merdu kau buat orang tak perasan aku lupa lirik...semua kawan-kawan kita ada dalam dewan masa tu..Ayen, Payeh, Bismi, Kait..semua ada...

aku ingat lagi...kita belajar gitar sama-sama..dari tak tahu apa-apa..sampai la boleh main lagu sikit-sikit...kita selalu belajar sama-sama..kadang-kadang sampai tak tidur malam..kau memang cekap tangkap..belajar sikit, terus dapat..aku ni je lembab sikit..nasib baik kau sabar ajar aku..

aku ingat lagi..kita dua tak tidur malam...sebab kita nak buat lagu sendiri...macam-macam lagu kita cuba buat...banyak recording kita buat...orang lain semua tengah tidur, kita gelak-gelak sambit main gitar...aku simpan lagi semua recording kita...

aku ingat lagi...masa bulan puasa...hari-hari kita pergi mancing...kita pergi dua orang je...balik kelas, tak kau cari aku, aku cari kau...siap-siap, terus pergi mancing...satu hari, aku terjatuh dalam lombong...aku panggil kau..kau buat tak tahu je..kau gelakkan kan aku..kau kata, padan muka...sape suruh mancing jauh-jauh....

aku ingat lagi...kita naik motor aku...balik rumah aku...dengan beg besar, naik dua orang pergi Putrajaya dari Penang...waktu tu bulan puasa...tujuh jam kita atas motor...sampai kat rnr sungai perak...kau kata, kena ambik gambar ni...kenangan ni...kita pun ambik gambar...aku simpan lagi gambar kita...memang betul kata kau..memang kenangan...

aku ingat lagi...first time kita nak buat persembahan band kat Music D'Amor...kita hepi sangat sebab Xueli invite kita...kita tak pernah perform band lagi..ni memang impian kita.....aku, kau dengan Wan...aku dengan Wan excited nak perform..kau cool je...walaupun kita perform tak gempak mana..tapi kita sama-sama puas hati hari tu...ramai lecturer puji suara kau sedap..aku tumpang bangga untuk kau Mil..

macam-macam lagi Mil...semua benda yang aku buat kat maktab ni, semua perkara yang bermakna kat maktab ni, sebelah aku mesti ada kau...dari nasyid, futsal, gitar, band, mancing..orchestra...semua ada kau...setiap kali terlibat apa-apa, kau mesti kata, " kalau hang tak masuk, aku tak mau masuk"..aku pun macam tu..kalau kau tak ada, aku pun tak nak masuk...kita mesti sama-sama.

blog ni...kau selalu support aku..kau selalu suruh aku update..tapi Mil, aku tak akan teruskan lagi blog ni...selama ni aku upload gambar-gambar kemalangan...aku tak fikir apa-apa pun...tapi lepas tengok kau Mil, baru aku faham perasaan tu Mil...aku akan tutup blog ni...dan ini adalah entry terakhir untuk Seram Sunyi...entry untuk kau Mil...entry untuk kawan baik aku, sahabat sejati dunia akhirat...

berbahagialah kau di sana Mil..aku di sini akan tabahkan hati...aku akan sentiasa sedekahkan fatihah...untuk jadi peneman kau kat sana...walaupun sebenarnya aku lemah kat sini Mil...aku lemah Mil..air mata tak pernah lekang dari pipi aku Mil...setiap masa aku terkenangkan kau Mil...video-video kau, video-video nasyid kita., gambar-gambar kita, pasti buat aku menitis airmata...ingat lagi ayat kau.."kalau hang tak masuk, aku tak mau masuk"..macam tu lah aku Mil..aku tak rasa aku dapat perform lagi lepas ni..aku tak mahu Mil..kau tak ada sebelah aku Mil macam selalu...kaulah kekuatan aku...

kaulah sahabat sejati...dunia akhirat...



ARWAH AHMAD SYAMIL BIN BASRI

27 DESEMBER 90-14 OKTOBER 2010

"AL-FATIHAH"

p/s: penulis adalah teman rapat arwah.

(sumber: http://seramsunyi.blogspot.com/2010/10/allahyarham-ahmad-syamil-bin.html?zx=109f3e5460dad9fd)
READ MORE - kenangan mengusik jiwa

Friday, October 15, 2010

surah al-Fatihah

Al-fatihah (pembukaan)

Surah Ke 1 : 7 ayat

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai hari pembalasan.

5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

6. Tunjuklah kami jalan yang lurus.

7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat.


KEHEBATAN AL-FATIHAH

* RUKUN BAGI IBADAT SOLAT

Sabda Rasul: “tidak ada solat bagi orang yang tidak membacakan Al-Fatihah di dalamnya (solatnya)”. – dari Anas bin Malik r.a

* PENYEMBUH PENYAKIT

Adbullah bin abas r.a. telah berkata, : Pada suatu hari, Husain bin Ali iaitu cucunda Rasulullah telah mengalami satu kesakitan yang menyebabkan nabi berdukacita. Lalu nabi mengambil satu bejana yang berisi air dan terus membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali”.

* SURAH TERISTIMEWA UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W.

“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan kepadaku sebuah surah (Al-Fatihah) yang tidak diturunkanNya kepada sesiapa pun daripada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumku”. – riwayat Ibnu Abbas

* SETARAF DENGAN DUA PERTIGA AL-QURAN

* SURAH TERAGUNG DI ANTARA SURAH-SURAH AL-QURAN

* SURAH YANG SECARA LANGSUNG MEMBENTUK KOMUNIKASI AGUNG ANTARA MAKHLUK DAN PENCIPTA ALAM.

* TIADA PERSAMAAN DALAM KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN.


YANG TERSURAT & TERSIRAT…

1. Al-Fatihah terdiri dari 7 ayat. Diturunkan di Mekah, sebelum Rasul berhijrah. Surah yang PERTAMA turun dengan kandungannya yang melengkapi satu surah.

2. Al-Fatihah terdiri dari 142 huruf (1+4+2=7). Dan Al-Fatihah terbina dari 21 (3X7) huruf-huruf yang berbeza-beza. Ada 7 huruf yang tiada dalam surah ini iaitu:fa , jim, shin, tha, thaw, kha dan zay.

3. Ayat ke 4 adalah ayat yang ditengah-tengah pada surah ini, jumlah nilai huruf pada ayat ini adalah 241 @ 2+4+1=7.

4. Ayat akhir iaitu ayat 7 memiliki jumlah nilai huruf 6010 @ 6+0+1+0=7.

5. Huruf Zay yang memiliki nilai huruf 7 tidak muncul dalam surah ini.

6. Huruf Dzal yang memiliki nilai huruf 700 muncul sebagai huruf ke 7 dalam ayat yang ke 7.

7. Huruf Aliff adalah huruf yang paling banyak muncul dalam surah ini iaitu 25 (2+5=7) kali.

8. Surah ini dimulai dengan huruf BA (nilai huruf 2) pada ayat 1dan diakhiri dengan huruf NUN (nilai huruf 50) pada ayat 7. Maka 2+50=52 @ 7.

9. Al-Fatihah merupakan Surah Pertama di dalam Al-Quran (Pembuka Kitab). ‘Bismillahirrahmanirrahim’ merupakan ayat 1 dan terbina dengan susunan 19 huruf (1+9=10 = 1 @ ayat pertama).

10. Jumlah keseluruhan huruf ada 142 manakala jumlah nilainya adalah 10146, jika dihitung kesemuanya 1+4+2+1+0+1+4+6=19 @ 1 -Surah Pertama.

11. Selain ayat 1, pada ayat 5 & 6 bilangan huruf pada ayat-ayat tersebut juga adalah 19 huruf.

12. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah BOLEH dibahagi dengan 19 iaitu 10146÷19=534 @ 5+3+4=12 = 3.

13. Ayat 1 dalam surah ini memiliki jumlah nilai huruf 786 @ 7+8+6=21= 3.

14. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah adalah 10146 @ 1+0+1+4+6=12=3.

15. Ayat yang ke 3 terdiri daripada 12 huruf @ 1+2=3.

16. Huruf JIM yang memiliki nilai huruf 3 dan huruf SYIIN yang memiliki nilai huruf 300 tidak muncul dalam surah ini.

17. Huruf LAM yang memiliki nilai huruf 30 muncul 22 kali dalam surah ini. Maka 30 X 22 = 660 @ 6+6+0=12 = 3.

18. Nama “Al-Fatihah” terdiri dari huruf Aliff, Lam, Fa, Aliff, Ta, Haa dan HA memiliki nilai huruf 1+30+80+1+400+8+5=525 @ 5+2+5=12 = 3.

19. Terdapat 3 fasa penceritaan dalam Surah ini yang memiliki 7 ayat. 3 ayat pertama untuk Allah, 3 ayat akhir untuk manusia dan 1 ayat (yang di tengah) untuk Allah dan manusia. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Al-Tabrani yang bermaksud:

“Wahai Bani Adam!…Aku telah menurunkan kepada kamu 7 ayat. 3 daripadanya untuk-KU. 3 lagi untukmu. Sedangkan 1 untuk kita bersama.
READ MORE - surah al-Fatihah

al-Fatihah buat sahabat


‎~TELAH TIBA SAAT WAKTU KAU TINGGALKAN KAMI, KERANA TAKDIR YANG MAHA ESA TELAH MENETAPKAN, SEDIH RASANYA HATI INI BILA MENGENANGKAN, BARU SEMALAM KAU BERSAMA KAMI~


ajal maut dtgn ALLAH. tiada siapapun tau.. AL-FATIHAH ke ats arwah AHMAD SYAMIL bin BASRI.. moga arwah dicucuri rahmat dan dtmpatkan dklngn para SOLIHIN... AMIN..


READ MORE - al-Fatihah buat sahabat

Wednesday, October 13, 2010

jangan tunjuk 'PEACE'


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).
READ MORE - jangan tunjuk 'PEACE'

'adik' dicabul di depan 'abang'

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”

“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq.

+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah

+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC

+pendatang haram tersebut ialah Yahudi, Amerika Syarikat, Zionis dan sekutunya.

READ MORE - 'adik' dicabul di depan 'abang'

jika ISLAM itu BENAR, TEMPATKAN bilikku di NERAKA


Assalamualaikkum & Salam Peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka. Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

READ MORE - jika ISLAM itu BENAR, TEMPATKAN bilikku di NERAKA

peringatan untuk hawa


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

mudah diperoleh..

diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..

dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..

oleh itu...

pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..

tangisan mengiringi zaman..

* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..

READ MORE - peringatan untuk hawa

Friday, October 1, 2010

pesanan untuk adam



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

******************************

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
READ MORE - pesanan untuk adam

Tuesday, September 28, 2010

sebuah kehilangan


Pada bulan puasa yang lalu, ayah kepada salah seorang teman saya telah kembali ke rahmatullah. Saya tersentak ketika mendengar berita kematian tersebut. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan teman saya dalam melalui ujian yang berat ini pada usia yang masih muda. Tambahan lagi adik-adiknya masih kecil. Hanya ucapan takziah yang mampu saya ucapkan. Selain itu, saya juga memintanya agar tabahkan hati dalam mengharungi dugaan ini dan menganggapnya sebagai satu ujian daripada Allah untuk menguji keimanan setiap hambaNya serta jangan sekali-kali menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi kerana ia ibarat menyalahkan Allah swt. Saya berharap semoga dia redha dengan takdir Ilahi yang telah tertulis untuknya.

Selang beberapa hari selepas teman saya kehilangan ayahanda tercinta, saya dikejutkan pula dengan berita nenda kesayangan telah menemui Khaliqnya. Sememangnya saya terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan arwah. Walaupun arwah nenek telah selamat disemadikan, saya tetap bertekad untuk pulang ke kampung. Sampai di kampung, saya cuba elak bercakap mengenai arwah dan cuba berlagak selamba seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi bagi mengelakkan ahli keluarga yang lain turut sedih walaupun hati meronta-ronta ingin mengetahui apa yang telah terjadi kepada arwah.

Di pagi yang suram itu, saya bersama ahli keluarga yang lain telah pergi ke tempat persemadian arwah nenek. Saya ingatkan saya dah cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini tapi sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tanah perkuburan, air mata saya terus menitis. Tanpa dapat dibendung lagi, air mata saya turun mencurah-curah mengenangkan kekhilafan diri. Saya ingat lagi pada petang sebelum bertolak ke kampus, umi mengajak saya untuk berjumpa nenek tapi saya menolak kerana waktu semakin suntuk dan banyak lagi perkara yang perlu saya selesaikan. Saya juga ingat saya ada menyatakan pada umi “Balik cuti raya ni boleh jumpa lagi nenek”.

Ketika inilah baru saya dapat menyelami hati teman saya yang kehilangan ayahnya. Pada masa ini jugalah saya tahu bahawa bercakap sememangnya lebih senang dari melakukan, bila dah kena batang hidung sendiri barulah tahu langit tu tinggi ke rendah. Betapa menyesalnya saya kerana tidak mengikut kata umi. Seandainya saya berjumpa dengan nenek sebelum bertolak ke kampus, pastinya rasa kesal saya tidak menggunung seperti sekarang. Memang ketika balik raya saya boleh berjumpa nenek, tapi bukan jasadnya yang menyambut saya yang ada cumalah pusaranya dan raya kali ini sememangnya sepi, sesepi hati saya yang digayut rasa rindu dan bersalah pada arwah.

Seandainya saya tahu nenek akan pergi dulu, pastinya saya akan berjumpa dengannya sebelum pulang ke kampus. Saya akan mengucapkan kata-kata sayang dan rindu, merakam setiap detik waktu bersamanya, usik mengusik dan bergelak ketawa serta menghabiskan masa dengan mengaji bersama-samanya. Sayangnya saya tak tahu dan tak berpeluang untuk melakukannya, paling menyakitkan tidak akan ada lagi peluang tersebut. Sekarang, yang tinggal hanyalah secebis kenangan bersamanya dan kenangan itulah yang akan menemani hari-hari saya yang sepi tanpa kehadirannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang telah pun pergi meninggalkan kita dan semoga kita yang kehilangan ini terutamanya teman saya serta adik beradiknya diberi kekuatan dan keimanan dalam menghadapi dugaanNya. InsyaAllah.

P/s: Sahabatku, hargailah orang-orang disekeliling anda sebelum anda kehilangan mereka. Jangan jadi seperti saya yang telah menyia-nyiakan peluang yang telah diberikan.

READ MORE - sebuah kehilangan

bertuahnya kita


Beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, umi mengajak saya ke kedai emas untuk membeli seutas gelang. Sesampainya di sana, saya telah berkenan pada seutas gelang tangan yang bertatahkan permata namun umi menolak pilihan saya dan memilih seutas gelang emas yang pada pandangan saya hanya sesuai untuk golongan yang berusia.

Saya agak berkecil hati kerana umi sewenang-wenangnya menolak gelang pilihan saya. Bukankah elok sekiranya umi menerima pendapat saya kerana yang akan memakai gelang tersebut adalah saya dan bukannya umi. Sewaktu saya dan umi sedang berdiskusi mengenai gelang mana yang bakal dibeli, tiba-tiba datang seorang mak cik yang tidak dikenali menegur umi dan melihat-lihat gelang-gelang yang menjadi pilihan kami. Umi berbasa-basi dengan menanyakan mak cik tersebut sama ada dia juga mahu membeli gelang. Mak cik tersebut lantas menggelengkan kepala. Mak cik tersebut memberitahu dia tidak boleh memakai gelang dan menyatakan betapa bertuahnya saya.

Saat itu saya kurang mengerti mengapa dia menyatakan dia tidak boleh memakai gelang dan kenapa saya dikatakan bertuah. Pada andaian saya, dia mungkin alergik dan merasakan saya bertuah kerana dapat memakai gelang baru sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Ketika mak cik tersebut ingin keluar dari kedai, umi menghampirinya kerana ingin bersalam tetapi dia kelihatan teragak-agak untuk menyambut tangan umi. Ketika umi hampir menjatuhkan tangan, dia menghulurkan lengan untuk berjabat tangan dengan umi. Alangkah terkejutnya saya melihat mak cik itu tidak mempunyai tangan dan saya mulai mengerti kenapa mak cik tersebut tidak boleh memakai gelang dan kenapa saya dikatakan bertuah. Saat itu, saya rasa amat bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat tangan dan saya sedari betapa bertuahnya saya berbanding orang-orang disekeliling saya.

Selepas bersalam dengan mak cik tersebut, saya mengajak umi keluar dari kedai emas kerana saya tidak mahu membeli gelang yang hampir menyebabkan saya bermasam muka dengan umi. Lagipun tanpa gelang tersebut, saya masih bisa merayakan Aidilfitri bersama orang-orang tersayang.

P/s: Kita biasanya hanya akan mengetahui erti bersyukur setelah melihat orang yang lagi susah daripada kita. Jadi lepas ni, cubalah bandingkan hidup kita dengan orang yang kurang bertuah dari kita kerana dari situ kita akan dapat belajar erti nikmat dan rasa syukur di atas rezeki yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. InsyaAllah…

READ MORE - bertuahnya kita