Sunday, May 16, 2010

APA DAH JADI???

Apa sudah jadi???


Mungkin golongan ini tidak sedar yang mereka telah membuatkan orang lain menjadi mangsa. Kini gadis bertudung dipandang serong oleh masyarakat. Salah siapa? Apa yang berlaku telah memberi peluang kepada yang tak bertudung berkata dengan megahnya, 'PAKAI TUDUNG TAK SEMESTINYA ELOK PERANGAI'. Ya!!! Memang pakai tudung tak semestinya elok perangainya. Tapi,


"Yang bertudung itu belum pasti azabnya, yang tak bertudung sudah pasti azabnya."


Sebenarnya saya tak mampu lagi nak mendengar cemuhan masyarakat terhadap gadis bertudung. Yang bersalah hanya segelintir, tapi masyarakat seolah-olah menganggap semua gadis bertudung itu buruk perilakunya. Mereka berhak bercakap kerana semuanya realiti. Untuk mengubah pandangan masyarakat ini, sesuatu perlu dilakukan dan yang mampu mengubah ini semua hanyalah GADIS BERTUDUNG.

Memakai tudung, tapi tanpa segan silu bercakap dgn lelaki bukan muhrim tanpa sebab. Memakai tudung ttp tanpa segan silu memegang tangan bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu berkepit, membonceng motor bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu menunjukkan bentuk badan. Seluar yang ketat dan sendat sudah menjadi amalan. Di atas bertutup tapi ketulan-ketulan lemak di bahagian peha dan pinggul tanpa segan silu menunjukkan wajahnya.

Yang lelaki hanya tersenyum, dapat melihat tayangan free tanpa perlu kenakan bayaran. Allah memberi rezeki tapi tidak dimanfaatkan. Wang yang ada diguna untuk membeli baju yang tidak sesuai. Baju yang longgar dipandang hanya sebelah mata. Tapi baju yang hanya layak untuk budak berumur 5-6 tahun yang menjadi rebutan. Bentuk badan yang hanya untuk tatapan suami dapat ditatap oleh semua orang. Memakai tudung, tapi perhiasan yang wajib dilindungi dibiarkan tanpa pelindung. Semuanya sudah menjadi kebiasaan...

Apabila sudah menjadi budaya, yang haram dihalalkan.

No comments:

Post a Comment